25 August 2014

Homestay di Jitra Kedah : Village Homestay, Penginapan selesa dan menjimatkan di Jitra & Alor Setar


Homestay di Jitra, Kedah
Harga Serendah RM150.00 Sehari

**Booking**

Call/Whatsapp 
010-404 6799

sila sms jika talian sibuk @ tidak dijawab
sms nama, tarikh check in & check out dan lokasi destinasi anda


















~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~











Mengapa perlu memilih village homestay


  • Lengkap dengan semua peralatan termasuk dapur memasak, pemanas air mandi dll 
  • Bilik yang selesa dan dilengkapi air-cond 
  • Harga yang menjimatkan serendah rm150 semalam 
  • Kapasiti & jumlah katil sehingga 8 hingga 10 orang ( homestay biasa 5 orang sahaja) 

Spesifikasi Rumah Homestay

Rumah No 1

  • bilik utama - 1 katil twin (air-cond) 
  • bilik kedua - 1 katil twin (air-cond) 
  • bilik ketiga - 1 katil twin (air-cond) 
  • bilik keempat - 2 katil twin (air-cond) 
  • kapasiti selesa - 10 orang 

Rumah No 2 

  • bilik utama - 1 katil twin & 1 katil single (air-cond) 
  • bilik kedua - 1 katil twin & 1 katil single (air-cond) 
  • bilik ketiga - 1 katil twin (air-cond) 
  • kapasiti selesa - 8 orang 

Info homestay
 Homestay berprestij dan seindah namanya memberi sesuatu keistemewaan tersendiri dalam menawarkan perkhidmatan dan kemudahan yang di sediakan. Terletak di dalam kawasan bandar jitra. Berdekatan berdekatan dengan pusat pegajian tinggi seperti institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Institut Latihan Perguruan Darulaman (IPDA), Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Institut  Latihan Perindustrian (ILP) Jitra. Jarak ke Universiti Utara Malaysia (UUM) hanya 20km. Juga berdekatan dengan MRSM Kubang Pasu (Jitra) dan Dewan Wawasan Jitra serta Kolej Matrikulasi Changlon.
Promosi Village Homestay
Website : http://www.villagehomestay2u.blogspot.com
Promosi Homestay - RM150 Call 010-4046799
3 Bilik dilengkapi air-cond, astro wifi, 2 bilik air

Spesifikasi Bilik Homestay :

  • 1 Katil Twin & 1 Katil Single (Air-Cond)
  • 1 Katil Twin & 1 Katil Single (Air-Cond)
  • 1 Katil Twin (Air-Cond
Aksesori & Peralatan di sediakan :
  • TV dengan Astro
  • Mesin Basuh Automatik
  • Shower Heater
  • Peti Ais
  • Semua Bilik air-cond
  • 2 Bilik Air
Promosi Homestay - RM150 | SMS @ Whatsapp @ Call 010-4046799 untuk dapatkan promosi harga serendah RM150 ini.

24 March 2014

Homestay di Jitra | Pelancongan Dan Rekreasi Sekitar Jitra, Kedah

village homestay
(formerly known hosba homestay)
homestay di jitra
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Homestay JitraHomestay Jitra 2Homestay 3Homestay 4Homestay 5Homestay 6

harga serendah rm120.00 sehari 
**call segera**
call 010-404 6799
sila sms jika talian sibuk @ tidak dijawab 
sms nama, tarikh check in & check out dan lokasi destinasi anda
online booking & semak kekosongan rumah >clik here<
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
PELANCONGAN DAN REKREASI SEKITAR JITRA, KEDAH

Usaha mewujudkan kawasan rekreasi dan pelancongan dalam daerah ini adalah diambil perhatian oleh pihak kerajaan. Kawasan rekreasi merupakan aktiviti riadah yang memerlukan kemudahan istirehat untuk orang ramai seperti hutan lipur, taman permainan, pantai dan sebagainya. Manakala pelancungan pula melibatkan tujuan dan aktiviti yang lebih luas menekankan kepada kawasan-kawasan yang menarik dengan rangkaian kemudahan yang baik seperti kawasan alam semulajadi, kawasan kemudahan membeli-belah, tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.

A) RIMBA REKREASI BUKIT WANG
Terletak di kompartmen 24 (2,140 ekar) Hutan Simpan Bukit Perangin dan mempunyai keluasan 9.09 hektar. Terletak 12 km dari Pekan Jitra atau 40 km dari Alor Setar dan boleh dihubungi dengan jalan raya. Terdapat beberapa ciri keistimewaan Rimba Rekreasi Bukit wang iaitu Sungai Tosak sepanjang 1.5 km dengan keunikan batu batannya sesuai sebagai kawasan mandi-manda, flora fauna yang hijau, denai hutan sejauh 3 km mengelilingi hutan lipur ini dan 1.5 km yang lain boleh menghubungkan hutan lipur ini dengan Hutan Lipur Puncak janing, batu dinding yang sesuai untuk aktiviti lasak dan mencabar, deretan pokok palma yang menarik serta deretan pokok Permatang Seraya yang berukuran melebihi 120cm diameter tumbuh secara semulajadi. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini ialah 15 buah chalet, 16 buah pondok rehat, 3 unit tandas awam, 10 buah gerai, sebuah kolam renang untuk kanak-kanak, jambatan batu, 2.4 kilometer kawasan untuk jungle tracking, sebuah surau dan sebuah dewan untuk kemudahan para pelancong atau pelawat.

B) GUA KERBAU, KODIANG
Terletak di kaki Bukit Kepelu dan merupakan antara gua yang berpotensi dimajukan. Mempunyai keluasan kawasan lebih kurang 5.33 hektar. Jabatan Pengairan dan Saliran daerah Kubang pasu bertanggungjawab membangunkan beberapa kemudahan seperti menyediakan bangku-bangku untuk pengunjung serta memperindahkan kawasan sekitarnya.

C) KOMPLEKS PERDAGANGAN BEBAS CUKAI
Kompleks Perdagangan Bebas Cukai (Cergas Jaya) menawarkan berbagai barangan pada harga yang rendah berbanding dengan bandar-bandar besar yang lain. Ianya terdiri daripada 3 bahagian dengan lebih 5000 meter persegi, ruang runcit, tempat letak kereta dan bazaar yang berdekatan dengan gerai-gerai. Antara kemudahan yang disediakan di sini termasuklah kaunter penukaran wang, kaunter insuran, kantin dan gerai jualan. Di samping itu, terdapat juga gerai buah-buahan dan barangan dari Negara jiran Thailand. Pelancong-pelancong yang bertumpu di Bukit Kayu Hitam adalah terdiri dari rakyat Malaysia dan Thailand di samping dari Negara-negara lain yang turut menggunakan Lebuhraya Utara Selatan.

D) MAKAM PUTERI LINDUNGAN BULAN
Terletak berdekatan Pekan Padang Sera. Makam ini mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri dan sesuai untuk dilawati.

E) MAKAM TENGKU ANOM
Terletak di Kampung Pulau Pisang, Mukim Tunjang. Makam ini telah dikenalpasti oleh Muzium Negara sebagai kawasan sejarah dan usaha pemuliharaan serta pengekalan keindahan serta kebersihannya telahpun dilaksanakan.

F) TAMAN REKREASI AIR DARUL AMAN
Taman Rekreasi Air Darul Aman berkeluasan 91.7 ekar adalah antara salah satu daya tarikan yang terdapat di daerah Kubang Pasu. Taman ini mempunyai tasik berkeluasan 26.3 ekar dan turut menyediakan trek pejalan kaki sepanjang 2.4 km. Taman Tema Air sesuai dikunjungi untuk tujuan beriadah kerana menyediakan kemudahan berkayak, serta permainan tema air yang menarik.

G) PADANG GOLF
Di daerah Kubang Pasu terdapat 3 padang permainan golf yang mana telah dapat menyediakan kemudahan kepada peminat-peminat golf tempatan untuk beraktiviti. Black Forest Golf & Country Club terletak di Bandar Bukit Kayu Hitam dengan kedududukannya bersempadan dengan Negara Thailand dan Darul Aman Golf & Country Club terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, masing-masing menyediakan kemudahan bermain golf 18 lubang kepada para pengunjung yang berminat. Manakala Kelab Golf Universiti Utara Malaysia, Sintok pula menyediakan kemudahan bermain golf 9 lubang. Disamping menyediakan kemudahan beriadah, pengunjung juga dapat menikmatai pemandangan serta udara segar di persekitaran yang sentiasa dipelihara.

H) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Kawasan ini terletak dikawasan istimewa iaitu dalam kawasan Hutan simpan KESBAN, dan bersempadankan sempadan antarabangsa Negara Thailand. Dalam usaha pembangunan yang dijalan disekitar kampus UUM, ciri-ciri keindahan alam semulajadinya seperti hutan dan tumbuhan asal, sungai mengalir, dan tasik masih lagi dikekalkan. Universiti Utara Malaysia juga menawarkan tempat-tempat penginapan, iaitu Rumah Universiti dan Apartment yang bertaraf hotel di samping kolej kediaman yang boleh disewakan pada masa cuti semester. Di bawah Rancangan Malaysia Keenam, Universiti ini memajukan kawasan hutan simpan seluas 107 hektar sebagai satu lagi tarikan pelancongan di Wilayah Utara dengan mengadakan beberapa projek seperti padang golf 9 lubang, kawasan perkhemahan, lapang sasar memanah dan taman rusa.



 SEJARAH KUBANG PASU



Kubang Pasu adalah salah sebuah daerah yang terletak di bahagian utara negeri Kedah[1]. Keunikan daerah ini adalah kerana ia merupakan kawasan sempadan antarabangsa (Malaysia-Thailand) dan sempadan negeri (Arau, Perlis).

Daripada segi sejarahnya, Kubang Pasu telah diserah untuk diperintah oleh Tunku Anum Tunku Abdul Rahman yang telah berjaya membebaskan Kedah daripada penjajahan Siam. Tunku Anum telah diberikan kuasa untuk memerintah Negeri Kubang Pasu dan baginda seterusnya menamakannya dengan 'Kubang Pasu Darul Qiyam' yang bermaksud Negeri yang berdiri tegak atau tersendiri dengan pusat pentadbiran pada ketika itu terletak di Pulau Pisang.

Oleh kerana lokasinya yang hampir dengan Thailand serta faktor sejarah, ramai di kalangan penduduk di daerah ini fasih berbahasa Siam. Sekerang, daerah ini pesat membangun dan diberi jolokan 'Daerah Pendidikan'.

Pekan di daerah ini ialah Changlun di utara, Jitra di selatan, Kodiang, Tunjang, Kepala Batas, Padang Sera dan Bandar Darulaman.

Homestay di Jitra | Senarai Homestay di Jitra dan Alor Setar, Kedah

SENARAI HOMESTAY DI KEDAH

>> Homestay di Jitra, Kedah
VILLAGE HOMESTAY
No 2, Taman Berlian
Jalan Taman Bersatu
06000 Jitra
Kedah

Rate / Night: RM 150
HP: Call/Wassap/SMS 010-4046799


Free Digital TV






























>> Homestay di Alor Setar, Kedah
SAMUDERA HOMESTAY

No 42, Taman Samudera
Jalan Kuala Kedah
05400 Alor Setar
Kedah

Rate / Night: RM 180
HP: Call Only 011-12446799